Saturday, October 24, 2015

Ya Allah Sedihnya!! Dua Orang Adik Beradik Ditemui Rentung Berpelukan


Ya Allah Sedihnya!! Dua Orang Adik Beradik Ditemui Rentung Berpelukan 


Dua orang adik-beradik terkorban selepas terperangkap di dalam satu kejadian kebakaran di rumah mereka di Tanjung Minyak, Melaka, kira-kira jam 5.50 petang, pada Jumaat.

Yang menyedihkan, kedua kanak-kanak perempuan ini dijumpai saling berpelukkan di bawah katil dalam satu kebakaran.

Penemuan ini membuat orang ramai sayu kesedihan apabila Nur Maisarah Balqis Rosghazali (7 tahun)  dan adiknya Nur Qalisha Balqis Rosghazali (6 tahun) ditemui dalam keadaan rentung sambil berpelukan.

Bapa mangsa, Rosghazali Shapie (40 tahun) cuba menyelamatkan kedua-dua anaknya itu namun asap yang tebal menyebabkan dia sendiri pengsan di dalam rumah.

Rosghazali berjaya diselamatkan oleh orang ramai yang membawanya keluar dari rumah yang sedang marak terbakar.

Penolong Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka, Mohd. Adli Abd. Rahman berkata, 18 anggota bersama beberapa jentera digerakkan ke tempat kebakaran sebaik menerima laporan pada kira-kira jam 5.38 petang.

Ini komennya:

“Kami telah menerima panggilan pada jam 5.38 petang dan mendapati berlaku kebakaran. Seramai 18 anggota serta ambulans Jabatan Bomba dan Penyelamat terlibat.

“Sampai saja ke tempat kejadian kita mendapati terdapat seorang mangsa lelaki melecur dan dia dapat dikeluarkan

Ketika membuat operasi menyelamat, kami mendapati terdapat dua orang mangsa lagi iaitu kanak-kanak berumur enam dan tujuh tahun yang rentung di dalam bilik,” 


“Punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan,” 


Siasatan awal pihak bomba, kebakaran dipercayai berpunca dari sebuah bilik tengah di rumah berkenaan sebelum merebak dan memusnahkan hampir 70 peratus daripada kediaman tersebut selain sebuah kereta milik keluarga mangsa mengalami kerosakan.

Mayat kedua-dua adik beradik itu dibawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat. Bapa mangsa pula kini sedang di rawat di hospital Melaka.

Difahamkan, ketika kejadian bapa mangsa berada di luar rumah, sementara ibu mereka bertugas sebagai jururawat di sebuah hospital di Arab Saudi.

0 comments:

Post a Comment